https://www.regalianews.com
Image default

Polis Johor Rampas Dadah 201.8 Juta Ringgit Malaysia

Manca Negara

Regalia News Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM201.8 juta yang juga terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), hasil serbuan di sekitar bandar raya ini pada Khamis dan Jumaat lalu.19/6/2021.

“Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dadah yang boleh menampung permintaan kira-kira 11.3 juta penagih itu dirampas selepas polis berjaya membongkar tiga stor penyimpanan dalam serbuan terbabit, prekursor dan peralatan memproses dadah turut dirampas dalam operasi dijalankan di Taman Mount Austin dan Setia Indah”.ungkapnya.

Kemudian Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan operasi susulan yang dilakukan oleh JSJN Johor, minggu lalu, yang menghasilkan 15 tangkapan, selain penemuan dua stor simpanan dan dua makmal haram membabitkan keseluruhan rampasan dadah serta sitaan berjumlah RM131.27 juta”. katanya, operasi susulan itu dilancarkan hasil pendedahan empat daripada 15 suspek yang ditahan berkenaan.

Selanjutnya, serbuan kali ini membabitkan bangunan kilang di Taman Mount Austin dan dua rumah sewa di Setia Indah yang disyaki dijadikan tempat menyimpan dadah, maklumat terbaru mendedahkan, sindiket penyeludupan dadah terbabit disyaki aktif sejak 2018 dengan membawa masuk bahan mentah dan peralatan dipercayai dari China yang mampu bertahan untuk tempoh tiga tahun.

“Modus operandi sindiket berkenaan ialah menyewa premis kilang dan rumah disyaki untuk dijadikan stor penyimpanan serta pemprosesan dadah, hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 3.20 tan serbuk ekstasi, 26.1 kilogram (kg) cecair ekstasi dan 117kg serbuk Eramin 5 dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM201 juta”. katanya.

“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM5.8 juta, empat kenderaan mewah dan 30 jenis pelbagai barang kemas bernilai RM124,435.09, di samping 62 akaun bank membabitkan nilai keseluruhan RM8.6 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, polis juga menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di premis kilang Taman Mount Austin, 14 Januari lalu, dan seorang lagi lelaki berumur 38 tahun di Taman Gaya, Ulu Tiram, semalam, yang akan direman bagi membantu siasatan, turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin

“Tambahnya lagi, 15 suspek ditahan sebelum ini turut disambung reman selama empat hari hingga Rabu depan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tempoh 1 Januari hingga kelmarin, JSJN Johor menangkap 505 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain membuat rampasan sebanyak 5.5 tan dadah, keseluruhan dadah yang dirampas itu bernilai RM327.39 juta, manakala harta bernilai RM14.91 juta turut disita,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM125.8 juta yang boleh menampung 5.4 juta penagih, dalam 16 serbuan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, ia kejayaan rampasan dadah terbesar di Malaysia, membabitkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, setakat awal tahun ini.

Katanya 16 serbuan telah dilakukan selama dua hari bermula pada 2.45 petang Sabtu hingga 6.40 petang Ahad lalu menyaksikan 15 suspek iaitu lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia antara 17 hingga 62 tahun ditahan.

Sumber : Polis Johor

Editor : Abdullah

Baca Disini

Leave a Comment

Leave a review

https://www.regalianews.com
Regalia News
regalianews.com UA-174246026-1