https://www.regalianews.com

Jangkitan Kepada Petugas Kesehatan Sepuluh Kali Ganda Lebih Rendah Setelah Divaksin Covid 19

Manca Negara

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam tadi.Seremban,18 April 2021

Regalia News – Jangkitan COVID-19 terhadap 40 petugas kesihatan yang telah menerima vaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding jangkitan sebelum proses vaksinasi terhadap barisan hadapan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata secara purata sebanyak 436 kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan dalam tempoh sebulan ketika gelombang pertama COVID-19 melanda negara pada Mac tahun lepas.”Jumlah 40 orang petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 ini berbanding 438,000 individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin adalah peratus yang sangat kecil.https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/vaksin/id/293937″

Ini kerana 99.9 peratus dari individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin itu tidak kena jangkitan tersebut walaupun mereka adalah petugas barisan depan yang setiap hari berurusan dengan pesakit COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka, dengan sembilan orang dilaporkan dijangkiti setelah lebih dua minggu menerima dos kedua sementara 31 lagi dijangkiti dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas inokulasi.

“Mengulas lanjut, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata perkembangan itu selari dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menyasarkan berlaku penurunan signifikan jangkitan, mengurangkan gejala yang teruk dan tidak mengancam nyawa pesakit.”ungkapnya.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan sekitar Februari 2021, berkata hampir 4,800 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 untuk tempoh Mac 2020 hingga Februari 2021 atau secara puratanya 436 orang dijangkiti dalam tempoh sebulan.”Jadi, kadar jangkitan melibatkan 40 orang petugas kesihatan selepas divaksin adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding purata 436 kes sebelum divaksin dan yang penting mereka tidak mengalami sebarang gejala yang teruk,” katanya.

Sumber : Bernama

Related posts

Leave a review

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

%d blogger menyukai ini:
UA - 174246026 - 1