https://www.regalianews.com

COVID-19: 6 Kluster Baharu Dikesan Hari Ini

Manca Negara

Regalia News – Enam Kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini membabitkan Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ada dua kluster baharu di Kuala Lumpur, manakala masing-masing satu kluster baharu di negeri lain.”kluster pertama di Kuala Lumpur adalah Kluster Baiduri membabitkan Daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras”.ungkapnya

Kasus indeks bagi kluster ini (kes ke-14,312) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kluster Bah Perdana adalah kluster baharu kedua di Kuala Lumpur dikesan di Daerah Cheras, Kuala Lumpur dengan kes indeksnya (kes 11,305) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 28 September,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, Kluster Krolong adalah kluster terbaharu yang dikesan di Daerah Keningau, Sabah, manakala di Selangor, Kluster Bah Tropicana dikenal pasti di daerah Petaling.

Masing-masing satu kluster dikesan di Putrajaya dan Johor. Kluster di Johor, dikesan sebagai Kluster Ranting membabitkan daerah Melaka Tengah dan daerah Johor Bahru.”kluster Bah Kasturi di Putrajaya membabitkan beberapa Daerah iaitu Seremban, Cheras dan Putrajaya, Klang, Gombak dan Kuala Langat,” katanya.

Sumber : bhnews@bh.com.my

Editor : Redaksi

Related posts

Leave a review

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

%d blogger menyukai ini:
UA - 174246026 - 1