https://www.regalianews.com

Tiga Orang Suspek Macau Scam Ditahan Polis

Manca Negara

Regalia News – Seramai tiga orang individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditahan polis untuk siasatan lanjut melibatkan penipuan judi atas talian,ketiga-tiga orang tersebut terdiri daripada pegawai polis serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.(11/ October/ 2020).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman suspek esok.“tangkapan ini bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian serta ‘calling centre’.

“Sebarang maklumat dan perkembangan lebih lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, sembilan suspek yang tamat tempoh reman SPRM sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan,bagaimanapun, sumber berkata, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri tidak ditahan sebelum dibebaskan.

Kesemua mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.“turut ditahan, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang disyaki terlibat dengan penipuan Macau Scam serta judi atas talian,” katanya

Sumber : Utusan Malaysia

Editor : Redaksi

Related posts

Leave a review

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

%d blogger menyukai ini:
UA - 174246026 - 1