https://www.regalianews.com

Rohingya Jadikan Indonesia, Thailand Transit ke Malaysia

Manca Negara

Regalia News – Kapal yang membawa pelarian masuk ke Indonesia dan Thailand dipercayai sebagai transit ke Malaysia untuk mengaburi mata penguat kuasa.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata demikian mengulas laporan sebuah kapal yang membawa pelarian Rohingya diselamatkan di Aceh baru-baru ini.

Katanya, sejumlah pembayaran dibuat kepada ejen sindiket di Indonesia, mereka akan ditempatkan di kawasan tertentu sebelum dibawa masuk ke Malaysia setelah semua persediaan dilakukan dan pelbagai pihak telah ‘dibeli’ oleh sindiket ini.

“Masuk secara haram ke Malaysia jauh lebih mudah jika menggunakan transit Thailand dan Indonesia kerana banyaknya laluan tikus yang ada dan mendapat ‘bantuan berbayar’ dari pebduduk tempatan. Contoh kes kem penyeludupan Wang Kelian, Perlis dulu.

“Menurut sumber sindiket tahu sempadan Malaysia amat senang ditembusi, senipis kulit bawang, bayar sahaja individu-individu tertentu dan mereka akan dapat dibawa masuk,” katanya.

Tambah Dr. Mizan, kelompok pelarian Rohingya datang dari kem-ke pelarian di Teknaf, Lutupalong dan bukan dari wilayah berkonflik.

ya, bantuan Malaysia perlu ada hadnya, kebaikan kita telah di ambil kesempatan oleh pelbagai pihak.

“Ini sebenarnya mengesahkan bahawa mereka dieksploitasi oleh ejen dan sindiket untuk keluar dari kem dan dibawa ke Malaysia, tindakan membocorkan kapal dan merosakkan enjin bot yang membawa pelarian di Langkawi baru-baru ini membuktikan bahawa sindiket memang menjadikan kumpulan ini sebagai sasaran untuk masuk ke Malaysia,” katanya.

Hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan jangkitan Covid-19.

Difahamkan, kira-kira 94 pelarian terbabit termasuk 30 kanak-kanak yang berlayar menggunakan bot kayu ditemui rosak oleh nelayan pada minggu ini, sebelum dipintas pegawai maritim dari Pulau Sumatera yang menarik mereka ke pantai.

Penulis : Wan Noor Hayati Wan Alias.

Related posts

Leave a review

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

%d blogger menyukai ini:
UA - 174246026 - 1