83.14 F
Kepualauan Riau
Februari 22, 2024
https://www.regalianews.com

Tengku Razaleigh Hamzah : Politik Wang Sebabkan UMNO Sukar Berubah

Manca Negara

Tengku Razaleigh Hamzah : Politik Wang Sebabkan UMNO Sukar Berubah
Tengku Razaleigh berkata kesukaran untuk berubah disebabkan UMNO masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dan politik wang. - Gambar fail.

Regalia NewsPerubahan yang diharapkan dalam UMNO kini semakin mustahil untuk berlaku, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kesukaran itu disebabkan UMNO masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dan politik wang.

Kuli menjelaskan, perkara itu menjadi lebih parah apabila sikap ahli-ahli parti yang amat mudah menerima pandangan mereka yang berpangkat.

“Kita senang sangat dengar cakap orang yang berpangkat, berjawatan dan berduit tanpa menyoal, walaupun pandangan mereka itu lain dengan apa yang diharapkan kita, sebab itu macam-macam benda jadi, Politik tidak menentu, tiga kerajaan dalam tiga tahun.

“Kalaulah dalam UMNO itu sendiri tidak begitu menyenangkan, tak mungkin diyakini boleh bersatu balik dan menjadi gagah kuat seperti dulu,ketika sesi webinar bertajuk UMNO Yang Hilang anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPN), pada Khamis”.ungkapnya.

“Pada masa sama, beliau berpendapat UMNO sudah melalui pelbagai perubahan, namun masih tidak menunjukkan hasil yang positif, kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sejak itu susah nak kembalikan UMNO kepada kedudukan lama”. tandasnya.

Banyak rakan-rakan parti yang sudah keluar dari Barisan Nasional (BN) dan kedudukan menjadi berbeza berbanding dulu, kepimpinan baharu pun ada cara baharunya.

“Itu sebab saya berundur sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, bukan kerana saya tak nak kekal dalam parti, tetapi, ada yang memberi harapan, mengapa tidak cuba aktifkan UMNO Lama”.kata kuli sapaanya .

“Kita nak bersihkan parti ini dan mahu jadi wadah yang diterima oleh masyarakat, tetapi kalau nak perbaiki UMNO Baharu adalah sesuatu yang agak mustahil,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat perubahan minda dalam kalangan orang Melayu perlu dilakukan segera supaya tidak lagi memandang tinggi kepada individu berjawatan tinggi dan mempunyai wang yang banyak.(***)

 

Baca Disini

Leave a Comment

Leave a review

https://www.regalianews.com
Regalia News
regalianews.com UA-174246026-1